Testimoni.

Salam sejahtera rakan2 semua.

Nama saya Mazelan Abas, saya tinggal di Petaling Jaya.

Di dalam website ini saya akan kongsikan dengan rakan2 semua, bagaimana saya buat duit 100% mengunakan cara online didalam program ToneExcel, hanya depan komputer, hanya menggunakan facebook sahaja. Tanpa perlu keluar rumah untuk mencari pelanggan. Tetapi saya kongsikan teknik2 tersebut, lebih baik saya ceritakan asal usul sehingga terciptanya Teknik100Fb. Semoga memudahkan anda untuk faham dan mengambil manfaat darinya (jika ada). Ilmu dan penemuan di dalam website ini adalah percuma, kerana saya sendiri pun dapat percuma daripadaNya.

Saya mula mencari rezeki melalui internet semenjak 20 tahun yang lalu. Semenjak zaman komputer pakai disket lagi. Bila internet World Wide Web Wanderer diperkenalkan pada 1993, saya sudah mula berjinak-jinak dengan internet. Dulu tak pakai Chrome, IE atau FireFox, dulu pakai Nexus atau Netscape. Bukan pandai pun, jahil muraqap jugak, buta IT jugak, tapi semangat nak belajar tu ada la sikit2.

Syukur, disebabkan terlalu fokus untuk menjana pendapatan yang banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja, maka segala macam teknik, segala macam cara saya cuba, ada yang menjadi, ada yang terlingkup, ada yang untung, ada yang rugi, ada yang rugi sikit, ada yang rugi banyak. Tapi itu semua adat untuk orang yang nak belajar.

Rupanya di mana ada usaha dan doa, pasti Tuhan akan ajarkan satu persatu ilmu yang kita cari. Syukur sekarang ini, saya menuai hasilnya, saya sudah tidak bekerja lagi, isteri saya pun sudah tidak bekerja lagi (dulu dia bekerja sebagai seorang guru, di SK Sekamat, Kajang dan SK Taman Medan, Petaling Jaya). Kami tak perlu pergi kerja lagi disebabkan kami mendapat pendapatan pasif berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan hasil dari bisnes sampingan melalui internet.

Bunyinya memang tak masuk akal, sebab dulu bila saya nak membayar income tax, terlalu banyak perkara yang saya tak faham cara pengiraannya. Terima kasih kepada pegawai LHDN, yang tetap sabar membantu saya membuat pengiraan, dan dia sendiri kata pendapatan ini sesuatu yang tak masuk akal, kerana saya hanya mendapat komisyen hasil dari bisnes biasa yang saya olah menjadi bisnes online, cumanya komisyen itu berjumlah ratusan ribu setiap bulan, belum ada sejarah dalam Malaysia, malah dalam dunia sekali pun, pendapatan dari bisnes sampingan, bisnes biasa yang di-online-kan, boleh mencapai tahap pendapatan pasif sehingga ratusan ribu ringgit, malah berpotensi mencecah jutaan ringgit setiap bulan, hanya dengan duduk dirumah sahaja.

Kenapa saya tahu perkara ini? kerana sejak dari dulu lagi saya terlalu ingin mencapai objektif yang saya tetapkan untuk diri saya,

Objektif: Saya ingin buat duit pasif yang sangat banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja.

Jadi, saya berfikir, perlulah saya mencari seorang idola yang saya boleh copy, cara kerja mereka, saya boleh copy cara pemikiran mereka, ia akan menyingkatkan masa dan memudahkan saya untuk mencapai apa yang dicitakan. Maka bermulalah pencarian Mentor yang sesuai di Malaysia ini. Saya cari senarai orang2 yang berjaya di dalam industri perniagaan, industri MLM, industri motivasi dan ceramah, malangnya tiada seorang pun yang bersesuaian dalam kontek objektif saya. Walau bagaimana pun, saya tetap mendapat manfaat dari kejayaan mereka dalam dunia perniagaan. Disebabkan masa itu, dunia internet pun masih baru, memang sukar untuk mencari idola. Akhirnya saya putuskan untuk mengejar impian saya tanpa mempunyai idola tertentu, hanya berbekalkan dengan doa dan usaha yang kuat. Jika tersesat sikit tak mengapa, asalkan saya menghampiri ke destinasi yang dituju.

Syukur kepada Tuhan, saya mengangap yang saya sudah mencapai target yang saya tetapkan puluhan tahun dahulu. Saya sudah berjaya buat duit pasif yang sangat banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja.

Tahun depan, dengan izin Tuhan, nanti saya akan kongsikan dengan semua, berapa yang saya bayar income tax untuk pengiraan tahun 2015.

Untuk zakat pendapatan, alhamdulillah, saya bayar setiap bulan kepada MAIS ZAKAT Sdn Bhd, kerana mudah untuk saya kira sendiri dan bayar sendiri. Ini contoh zakat bulan May2015 yang saya buat pada 15hb Jun2015 secara online:



Selebihnya, saya juga ingin belajar membuat kebaikkan, supaya dapat membersihkan diri dari segala keburukan yang saya cipta sendiri sebelum ini. Saya gunakan duit tersebut untuk membantu ahli keluarga setiap bulan, membantu saudara mara dan jiran bagi mendapatkan rawatan terbaik untuk mereka. Tempat yang paling kerap saya hantar mereka adalah Hospital Assunta, Jalan Templer, Petaling Jaya, Suite 6102 (Bilik Primier) dimana charge bilik sehari pun RM650. Ha ha hingga nombor bilik pun ingat. Saya hanya mahu perubatan terbaik untuk mereka.  Setakat ini sudah lebih 5 orang yang saya hantar kesana, dimana kos perubatannya ada yang mencecah hampir RM35,000 seorang. Semua itu dapat ditanggung sepenuhnya secara tunai, tanpa buat loan, tanpa insuran, tanpa kredit kad, semuanya dari hasil income bisnes ToneExcel yang diberikan oleh Tuhan melalui online.

 

Saya juga dapat memberi bantuan pada jiran-jiran untuk program bahan makanan asas percuma di beberapa kedai runcit.

Untuk jiran2 saya (sekiranya ada) yang terdesak kewangan sehingga mengganggu bekalan makanan keluarga mereka, mereka boleh pergi ke kedai runcit terbabit, dan mengambil makanan secara percuma. Semua itu dapat ditanggung sepenuhnya secara tunai dari hasil income bisnes ToneExcel yang diberikan oleh Tuhan kepada saya.

Disebelah ini merupakan salah satu tempat yg terbabit dgn program makanan percuma bertempat di Block-G, Jalan PJS 2C/2, Taman Medan Cahaya, 46000, PJ. Selangor

Selebihnya dapat juga saya beli beberapa bidang tanah secara tunai, salah satunya tanah seluas empat ekar di Lenggeng, Negeri Sembilan, berhampiran Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra, belakang Masjid Mendum.

Saya juga dapat membeli beberapa buah rumah dan kenderaan, juga secara tunai. Salah sebuah rumah yang saya beli dengan harga RM2j (termasuk deco nya sekali) di Seksyen U16 Denai Alam 40160 Shah Alam, Selangor. Pun saya beli dengan harga tunai dari hasil income bisnes sampingan ToneExcel yang diberikan oleh Tuhan kepada saya. Juga sebuah sebuah BMW 2nd-Hand pada harga RM350,000 dengan no. plat menggunakan member id saya didalam ToneExcel. BMW8694

    

Saya juga berjaya melangsaikan kesemua hutang yang ada, saya benar2 ingin merasakan hidup tanpa hutang. Tiada hutang kereta, tiada hutang rumah, tiada hutang kredit card, tiada hutang sesama manusia, tinggal hutang dengan Tuhan sahaja, yang ini kalau Dia menuntutnya, habislah saya.

Dalam banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan ini, rupanya nikmat tersebut tidak berpenghujung, setiap bulan saya masih lagi menerima ratusan ribu ringgit komisyen dari ToneExcel secara pasif. Dibawah ini salah satu daripada 10 sumber pasif income ToneExcel yang saya terima setiap bulan.

 

Saya merupakan "Prefered Customer" CIMB Bank Berhad, Jalan MJ/7, Medan Maju Jaya, Batu 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Dibawah ini pula contoh pendapatan pasif yang di terima setiap bulan dalam USD dari program affiliate yang lain.
 

Mengapa saya menceritakan semua ini kepada anda, adakah untuk bermegah-megah atau menunjuk2 betapa banyaknya pendapatan yang saya perolehi atau untuk mendapat pujian?

Jawapannya "tidak". Sebabnya kalau saya tak tunjuk pun, bukannya komisyen saya akan berkurangan dan komisyen anda akan naik. Komisyen ToneExcel saya, setakat ini tetap naik dan naik sehingga ke hari ini. Sebab objektif saya, adalah bagaimana nak buat duit yang banyak hanya dengan duduk di rumah sahaja. Jadi, megah, pangkat yang tinggi, gelaran yang masyhur, pujian yang menyenangkan, tidak membantu saya buat duit dari rumah. Ia hanya akan menyusahkan saya untuk mencapai apa yang saya impikan. Syukur kepada Tuhan, sekarang saya sudah pun mencapai impian saya dalam dunia kewangan dan dalam perjalan pencapaian saya itu, ianya tanpa ada faktor sokongan dari kesombongan megah, ketinggian gelaran, ketinggian pangkat, keseronokkan dipuji, mudah2an dijauhkan dari sifat tersebut.

Sebab itu saya selalunya mengelak untuk berjumpa orang termasuk berjumpa rangkaian saya sendiri. Saya juga sering tolak undangan2 memberi ceramah dimerata tempat, kecuali mana2 yang diarahkan oleh Management ToneExcel sahaja. Jadi saya pergi bagi ceramah tersebut, bukan pasal nak jumpa orang ramai, tapi pasal arahan Management. Sebab itu saya pernah pergi ceramah, ingat nak datang ratus2 orang, tengok2 yang datang tak sampai 3 orang, saya tetap jalankan tanggung jawab memberi ceramah, walau pun 3 orang, walau pun 1 orang.

Sebab objektif saya, adalah bagaimana nak buat duit yang banyak hanya dengan duduk di rumah sahaja, bukan dengan ceramah, bukan dengan asyik keluar dari rumah sahaja.

Yang tinggal hanyalah beberapa alasan, kenapa saya kongsikan semua ini.

1. Untuk berkongsi dengan anda, itu pun kepada sesiapa yang berminat untuk dapat duit yang banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja, gunakan cara online bukan cara offline. Tak perlu jumpa orang sana-sini. Tak perlu pergi meeting/preview sana sini. Tak perlu nak ajak saudara mara, sahabat handai untuk join bisnes ini, hanya promote secara online sahaja.

2. Untuk menyedarkan sesetengah orang, terutama orang2 yang sering tidak nampak peluang dalam bisnes online ini, bahawa bisnes online, kalau kena gayanya, boleh memberi pulangan yang amat tinggi, boleh mengalahkan gaji seorang Pilot, Doktor, Pakar Bedah, General Manager atau CEO company class A+++, Engineer. The fact is this is on of the highest business profile. OnLine Business. Mark my word.

3. Untuk memberitahu sesiapa sahaja, yang masih tidak puas hati dan tidak cukup dengan kewangan mereka, sering susah hati kerana asyik tak cukup duit, sering bergaduh suami isteri kerana tak cukup duit, dah buntu tak tahu nak buat apa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tak puas hati dengan kehidupan sekarang, sering tak cukup duit. Sering meminjam ke sana ke mari. Berpuluh tahun bekerja, tapi bila melihat duit simpanan yang ada sekarang, perut mula rasa kecut. Asyik menghiburkan hati dengan duit EPF sahaja, sedangkan tiada siapa tahu samada umur kita sampai 55 atau tidak.

Saya nak beritahu anda yang saya sekarang ini sedang berkongsi kepada anda satu pilihan, satu cara yang boleh menyelesaikan masalah kewangan anda, bukan masalah kewangan saya.  Dan perkongsian ini adalah percuma, dan saya tidak mengharapkan walaupun ucapan terima kasih diatas usaha ini daripada anda. Sekiranya perkongsian saya ini ada manfaat dan pahalanya, kesemuanya saya serahkan kepada arwah ibu bapa saya yang telah tiada.

Jadi jika anda rasa website ini tidak memberi manfaat, tinggalkan sekarang. Kalau anda dah subscribe ke dalam email anda tadi, sila pergi semula kepada email anda, dan klik "Remove". Anda tidak akan mendapat email daripada saya lagi.

Satu lagi, saya hanya mahu sesiapa yang benar2 ingin belajar cara buat duit yang sangat banyak hanya dengan duduk dirumah sahaja. Sebab masa, disiplin, kerja kuat, amat2 diperlukan untuk meneruskan pelajaran percuma di website saya ini. Kalau setakat nak main2, baik hentikan.

Jangan buang masa anda dan jangan buang masa saya.

Terima Kasih

Daripada:
Mazelan Abas

2 ulasan:

  1. Kagum saya dengan tn mazelan abas.. Semangat sy makin membara untuk kongsikan Kelebihan pengguna tune talk dengan orang ramai. Moga kejayaan tn mazelan jadi dorongan pada kita semua

    BalasPadam

Bisnes Online, AutoDownLine Tone Excel