Rabu, 23 Mac 2016

10 LANGKAH BERKESAN PROMOSI DI FACEBOOK!!!

Teknik PROMOSI di Facebook
===========================
* Tulisan tips ini adalah berdasarkan PENGALAMAN penulis sendiri. Di mana bagi penulis, tips ini amat berkesan bagi beliau. Selain itu, tips ini juga adalah berdasarkan pemerhatian dan tunjuk ajar yang penulis peroleh daripada leader-leader dan rakan-rakan dalam Tone Excel. Kesan kepada anda sama ada berjaya atau tidak selepas membaca tips ini adalah bergantung sepenuhnya dengan diri anda sendiri.

1. Penuhkan “friend” anda.
Add friend setiap hari. Jangan sampai kena ban oleh FB. Limit add 7 orang sehari.
Keutamaan, add yang belum join Tone Excel. Boleh cek profile untuk tahu mereka sudah join atau belum.

2. Join mana-mana group yang sesuai. Luaskan prospek anda.

3. Buat iklan/promosi setiap hari di “wall” FB anda dan Group yang anda join.

Saya cadangkan buat iklan sekurang-kurangnya 3 iklan sehari dalam masa puncak (masa di mana semua pengguna FB akan buka FB). Lagi banyak, lagi bagus. Jangan terlalu banyak!
Iklan jangan terlalu panjang berjela-jela. Biar direct to the point. Minta kebenaran dan beri kredit jika guna iklan orang lain. Biar beretika. Agar ada berkat.

Iklan boleh guna gambar. Minta kebenaran dan beri kredit jika guna gambar orang lain. Biar beretika. Agar ada berkat.
Anda juga boleh tunjukkan kejayaan dalam TE di dalam iklan anda. Minta kebenaran dan beri kredit jika guna iklan orang lain. Biar beretika. Agar ada berkat.

Jangan MENIPU dalam iklan anda! Jika anda nak bagi FREE ini FREE itu, PASTIKAN ANDA MEMANG BOLEH BAGI! Agar ada berkat.

Jangan post iklan sama berulang-ulang dalam masa terdekat! Nanti kena ban oleh FB.

Iklan anda boleh fokus kepada;
a. Faedah mengguna sim TE.
b. Peluang jana pendapatan.
c. Peluang ubah kehidupan.
Pastikan iklan anda ada “memberi arahan untuk menghubungi anda”. Contoh, PM saya, hubungi saya, inbox saya, dan lain-lain.

4. Sediakan iklan-iklan anda.
Sediakan iklan yang menarik. Lain daripada yang lain.
Sediakan iklan2 anda di dalam nota HP anda. Jadi anda boleh copy dan paste sahaja bila anda nak post iklan.

5. Viralkan iklan anda.
Buat iklan anda ramai orang “like” dan “comment” agar lebih ramai orang boleh nampak.
Sila bantu membantu dengan rangkaian anda untuk like dan komen. Anda like dan komen iklan rakan niaga anda dan begitu juga sebaliknya.

6. Pastikan anda respon secepatnya kepada yang berminat.
Sediakan soalan lazim beserta jawapan di dalam HP anda. Supaya senang beri jawapan pada mereka yang bertanya. Tinggal copy dan paste sahaja.

7. Sentiasa bersifat sabar dan ramah ketika membalas mesej orang di FB.

8. Buat senarai prospek dan FOLLOW UP mereka.
Selalunya, orang yang berminat tak akan terus bank-in dan mendaftar pada hari yang sama mereka tanya tentang TE pada anda.

Jadi, ilmu FOLLOW UP sangat penting. Maksudnya anda kena pandai untuk menghubungi mereka semula.

Oleh itu, buat senarai nama mereka yang berminat agar senang anda nak lihat siapa yang sudah anda follow up dan siapa yang belum.

9. Sediakan testimoni mereka yang pernah berurusan dengan anda.
Testimoni sangat penting agar pelanggan baru berani untuk berurus niaga dengan anda.

10. Konsisten, tabah, dan sabar. Buat promosi dan iklan berulang-ulang.
Biasanya selepas 3 bulan barulah orang akan mula memberi respon pada iklan anda.
===========================
Semoga membantu.

John Wilson Gladstone
Tone Excel Service Centre
The Leaders Network

http://www.kelabsimkad.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Bisnes Online, AutoDownLine Tone Excel